Pokok kayu manis (Cinnamomum spp.) adalah sejenis pokok/tumbuhan yang terdapat di Daerah Keningau. Daerah Keningau diberi nama berdasarkan nama pokok tersebut iaitu KONINGAU dari sebelum tahun 1900 hingga sekarang. Selain itu, pokok kayu manis ini banyak didapati tumbuh di lembah dataran daerah Keningau. Kayu manis ini digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan makanan dan beberapa kegunaan lain seperti dalam penghasilan produk kosmetik dan kegunaan perubatan.